Tindakan kejam demi kepentingan politik


PASIR MAS 12 April - Tindakan kerajaan Pas negeri menyita Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah merupakan satu tindakan zalim parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam selama ini.

Pengerusi Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan kerajaan Pas itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Nampak sangat kerajaan Pas negeri yang dikatakan kepimpinan ulama yang memperjuangkan Islam, namun kerana tidak sehaluan dengan ideologi dan pandangan politik, maka terus diambil tindakan dengan cara yang sangat kejam.

"Kita tengok kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, perkara-perkara umpama ini tidak pernah berlaku, tetapi Pas lakukan kerana Abdullah bertentangan pendapat dan mengkritik kerajaan Pas Kelantan dan akhirnya pondok tersebut menjadi mangsa," katanya.

Ibrahim berkata demikian selepas majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Dewan Terbuka Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 500 pelajar cemerlang di kawasan Parlimen berkenaan menerima sumbangan tersebut yang diperuntukkan sendiri oleh penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas itu.

Pada majlis itu, turut diadakan taklimat Destinasi Anak Bangsa yang disampaikan Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa, Aizuddin Ghazali.

Menurut Ibrahim, kerajaan Pas memberikan alasan kononnya bangunan yang dibina itu adalah di atas tanah pusaka yang tidak mendapat kelulusan.

Bagaimanapun ujarnya, kebanyakan nama pemilik di dalam geran tanah itu sudah meninggal dunia, jadi, sekiranya hendak tunggu proses tukar milik tanah, akan mengambil masa yang lama.

Justeru katanya, tidak salah kalau dibiarkan pondok berkenaan meneruskan pembinaan bangunan tersebut manakala soal kelulusan dan lain-lain perkara boleh diselesaikan kemudian.

"Kita tahu, kalau orang buat rumah di kampung dan pondok-pondok agama yang ada tidak pernah berbangkit, sepatutnya kita tolong apa yang boleh, ini tidak terus ambil tindakan sita," katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim berkata, adalah wajar untuk rakyat Kelantan yang sudah 23 tahun di bawah pemerintahan Pas menghukum kerajaan itu dengan melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana