Tiada bukti PAS laksana dasar Islam: Dr Hasan


SHAH ALAM: Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat perlu 'cermin diri' sebelum mengeluarkan kenyataan 'karut' mendakwa amalan solat ahli Umno tidak mendapat pahala.

Kata beliau, Nik Aziz perlu menilai kembali pelaksanaan dasar Islam yang telah dilakukan oleh PAS kerana tiada bukti PAS benar-benar memperjuangkan dasar Islam berbanding Umno.

"Setidak-tidaknya bagi Umno walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang memberi manfaat termasuk ahli PAS sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Besar Kelantan dipetik sebagai berkata, disebabkan Umno menerima dasar kebangsaan dan menolak agama Allah, menyebabkan sembahyang mereka tidak akan mendapat pahala.“Demo (Umno) tolak Islam, tolak agama Allah, bila demo sembahyang, tidak boleh pahala. Hendak dapat pahala macam mana sebab tolak Islam.“Bukan senang adik kakak, mesti ikhlas kerana pahala bukan senang hendak dapat. Begitu juga orang PAS sembahyang, tapi kedekut, juga tidak akan dapat pahala,” katanya ketika berceramah pada Ceramah Perdana di Kampung Jambu, Kelantan.

Setakat ini ahli Umno beragama Islam dianggarkan berjumlah lebih daripada 3.2 juta orang.Kenyataan Nik Aziz itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak lantaran ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan 'fatwa' kepada ahli Umno.Mengulas lanjut Hasan berkata PAS lebih teruk daripada Umno kerana bersekongkol dengan dua parti pakatan pembangkang yang secara terang-terangan tidak menghormati dan memperjuangkan Islam.Selain daripada itu kata beliau kenyataan Nik Aziz berhubung amalan solat ahli Umno tidak mendapat pahala ibarat meludah ke langit kerana PAS bersetuju dengan rakan sekutunya yang menolak agama Allah.

"Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan."Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya Umno?

"Bagi saya kalau solat Umno tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana