Takut sumpah laknat seolah-olah Mustafa setuju dakwaan video seks


KUALA LUMPUR 19 April - Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus membisu dalam isu video seks yang dikaitkan dengannya bukan sahaja bertentangan dengan kaedah Islam tetapi menunjukkan seolah-olah beliau bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Afghani berkata, dalam menangani dakwaan berkait masalah moral yang menjejaskan kredibiliti, integriti dan maruah parti serta dirinya, Mustafa seharusnya menyahut cabaran melakukan sumpah laknat tersebut.

Tambahnya, selaku pemimpin utama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, beliau sepatutnya malu dengan keberanian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengakui kesilapan diri (berhubung video seks) sebelum melepaskan jawatan walaupun Presiden MCA itu bukan beragama Islam.
Zainon turut menyelar kegagalan Majlis Syura Ulama Pas bertindak berhubung kes itu sambil menyifatkan sikap membisu tersebut mengesahkan tanggapan badan tertinggi parti berkenaan sekadar 'syaitan bisu'.

Tambah beliau, lebih mengecewakan Majlis Syura Ulama Pas boleh bertindak tegas terhadap bekas pemimpin Pas seperti Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa kerana mempertahankan Islam tetapi berdiam diri dalam kes video seks tersebut.

"Saya pelik mengapa Mustafa tidak kembali kepada kaedah Islam, sepatutnya beliau membela diri dan segera menafikan dengan hujah-hujah yang kukuh. Ini termasuk melakukan sumpah laknat. Membisu bererti beliau bersetuju dengan dakwaan video seks itu.

"Tapi yang paling mengecewakan saya reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan parti lawan, begitu juga dengan Majlis Syura Ulama Pas kerana menjadi seperti syaitan bisu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap membisu Mustafa berhubung pendedahan video seks seorang lelaki miripnya walaupun pelbagai pihak mendesak Setiausaha Agung Pas itu melakukan sumpah laknat jika yakin tidak bersalah.

Dalam pada itu, Zainon mempersoal tindakan pucuk pimpinan Pas yang dilihat sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dalam menghukum ahli parti sedangkan Islam mengajar semua pihak melaksanakan keadilan.

"Sedangkan sewaktu saya memperjuangkan isu penyelewengan Tabung Memali, saya dipecat. Mat Sabu (Mohamad) yang terpalit isu khalwat tiada tindakan, begitu juga dalam kes Mustafa hari ini. Apakah kerana mereka orang penting parti, maka boleh terlepas?" soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana