Senarai PRU13: W.P - Nong Chik lawan Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau akan menentang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Manakala Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya akan berhadapan dengan calon PAS Datuk Husam Musa.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media mengumumkan calon BN Wilayah Persekutuan pada PRU-13, sebentar tadi.

Muhyiddin turut mengumumkan 12 muka baru bagi calon Wilayah Persekutuan pada PRU13.

Sementara itu di Johor Bharu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bertukar ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas. Beliau sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Pengumuman calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

Berikut adalah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wilayah Persekutuan:


1) Kepong: Datuk Chandrakumaran Arumugam (PPP)

2) Batu: Dr Dominic Lau (Gerakan)

3) Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (Umno)

4) Segambut: Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)

5) Setiawangsa: Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)

6) Titiwangsa: Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)

7) Bukit Bintang: Frankie Gan (MCA)

8) Lembah Pantai: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)

9) Seputih: Wong Siaw Ting (MCA)

10) Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA)

11) Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)

12) Putrajaya: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur

13) Labuan: Rozman Datuk Isli

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana