PRU13: Pakatan pembangkang ibarat babak filem `Nujum Pak Belalang'


KANGAR: Kerjasama antara tiga parti dalam pakatan pembangkang ibarat babak dalam filem komedi 'Nujum Pak Belalang' yang memaparkan dua penyamun membahagikan harta, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Babak itu, katanya, mengisahkan kumpulan penyamun itu berpura-pura bekerjasama namun setelah mendapat harta curian, mereka membahagi-bahagikan harta itu secara tidak ikhlas sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum 5 Mei ini juga lebih kurang sama dengan babak itu apabila masing-masing tidak yakin dengan agihan yang dibuat sekutu mereka, katanya.Sebaliknya, keadaan itu berbeza dengan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang lebih mengutamakan konsep persefahaman dan berjuang dengan keikhlasan, kata Md Isa yang juga Pengerusi BN Perlis.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Ladang Jabatan Pertanian Negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri dekat sini hari ini. Beliau menganggap gabungan pakatan pembangkang itu sebagai rapuh kerana mereka seringkali tiada persefahaman dan jika diberi peluang mentadbir negara sudah pasti menimbulkan banyak masalah.

Mengenai kerjasama PAS dan DAP, Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata PAS mengambil risiko kerana berbaik dengan DAP yang mereka ketahui pendirian sebenar parti itu.
Beliau berharap pengundi dapat membuat pertimbangan bijak dan memberi mandat hanya kepada parti yang boleh membawa masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Md Isa menyifatkan dakwaan beliau tidak turun padang membantu calon BN sebagai tidak berasas kerana beliau sentiasa berada bersama calon sehingga ke malam untuk memastikan kemenangan BN di kesemua 15 kerusi dewan undangan negeri dan tiga kerusi parlimen.

Beliau berkata BN Perlis juga menyenaraikan calon muda kerana tenaga muda mereka diperlukan untuk mendampingi rakyat. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana