PRU13: Kempen hari ke-7 'gelombang biru' di Terengganu semakin kuat memihak BN

KEMAMAN: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin BNT erengganu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) dengan meraih sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh Parlimen di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu berkata, selepas tujuh hari BN berkempen termasuk melawat empat kawasan Parlimen di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang,

Sokongan kepada calon BN semakin meningkat.  "Daripada 32 DUN, kita boleh dapat 28 (kerusi) dan kalau lebih itu satu bonus, manakala Parlimen hanya menyaksikan persaingan sengit di Marang sementara di DUN Ru Rendang pula semakin baik iaitu 45%(BN) dan 55% (PAS)," katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.  

Mengenai calon Menteri Besar Terengganu yang baru seandainya BN menang pada PRU13, beliau berkata ia adalah keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN.   Pada PRU12 BN menang 24 DUN dan tujuh parlimen manakala pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu (2009) satu kerusi BN dirampas PAS.      - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana