PRU13: Chua kecewa diberi kerusi Segamat


TANGKAK: Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dilihat cuba menyorokkan kekecewaannya apabila diumumkan menjadi calon kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.Pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak menepati sasaran Jui Meng yang dikatakan mengintai peluang untuk sama ada kembali bertanding di kawasan yang pernah diwakilinya ketika bersama MCA iaitu Bakri ataupun Kulai.Namun, beliau yang ditemui pemberita sejurus pengumuman tersebut menyatakan menerima pencalonan itu dengan tabah biarpun mengakui cabaran yang bakal dilaluinya penuh berliku.

"Saya terimalah takdir ini dengan harapan saya boleh menang..dulu saya bawa pembangunan ke Bakri, sekarang dapatlah saya bawa pembangunan di Segamat (sekiranya menang)," ujar beliau.

Menurutnya lagi, berbeza dengan Gelang Patah di mana beliau telah meluangkan beberapa tahun bagi mempertingkatkan imej Pakatan Rakyat dikalangan masyarakatnya, Segamat disifatkannya sebagai satu kawasan yang asing buat beliau.

Pelbagai masalah katanya perlu diusahakan di dalam masa yang begitu singkat.

Tambahan lagi, kawasan Segamat disifatkan PKR Johor sebagai kawasan 'Gred B' di mana peluang untuk mereka menang adalah tipis.

Ia katanya berbeza sekiranya beliau dicalonkan di Gelang Patah ataupun Bakri di mana dirinya telah dikenali oleh masyarakat setempat."Itu kawasan baru..masa untuk saya kempen amat singkat. Saya tidak pernah menjelajah di Segamat..saya telah menjelajah kerap kali di Gelang Patah berjabat tangan menemui 40 ribu pengundi di sana," luah beliau.

Pengumuman Anwar itu dibuat beberapa hari selepas veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan dengan tegas yang kerusi Parlimen Bakri dan Kulai yang diintai pimpinan PKR Johor adalah milik DAP.Mengulas mengenainya, Jui Meng menegaskan beliau menerima sebarang keputusan dengan hati terbuka.

Menegaskan tidak berkecil hati, sebaliknya beliau berbangga kerana telah menyumbangkan usaha-usahanya di Gelang Patah sekiranya Kit Siang berjaya menang di kerusi tersebut."Saya terima baik..saya berkati dialah, Lim Kit Siang..dan saya sudah kata dalam sidang akhbar baru-baru ini saya rasa terhormat oleh kerana dapat menyumbang melalui usaha saya kepada kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana