PRU13: Bekas pengarah strategik PAS Pasir Puteh sokong calon BN


PASIR PUTEH: Bekas pengarah strategik PAS kawasan Pasir Puteh, Zakaria Yaacob hari ini mengisytihar sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, Redzuan Stapha.

Zakaria, 71, berkata perjuangannya bersama PAS sejak 1990 sudah berakhir selepas mendapati PAS terkeluar daripada landasan perjuangan Islam.
Justeru, beliau berikrar untuk berkempen supaya pengundi memilih Redzuan pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad depan.

Redzuan akan menentang calon PAS, Tuan Mazlan Tuan Mat.

"Dulu saya bertegang urat mempertahankan gabungan UMNO dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) sebagai kufur namun tergamam dan terkunci mulut apabila PAS sendiri sewenang-wenangnya bersaudara dengan DAP yang secara terang menentang Islam," katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini, hari ini.
Zakaria berkata, biarlah pemimpin dan penyokong PAS mencemuhnya selepas ini kerana beliau tekad melihat semua DUN dan Parlimen Pasir Puteh dimenangi BN.

Beliau turut merayu rakyat menyokong saranan beberapa tokoh agama yang pernah berjuang dalam PAS, supaya Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik berasaskan beberapa faktor termasuk kesihatan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana