PRU-13: Tindakan Pas letak Husam di Putrajaya timbul persoalan...Tanda Mahu Husam Di Singkir Dalam PAS?


KUALA LUMPUR 9 April - Tindakan Pas yang meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menimbulkan sedikit persoalan.

Ini kerana Putrajaya bukanlah kerusi yang selesa untuk pembangkang mahupun Pas memandangkan pengundinya sebahagian besar adalah kakitangan awam kerajaan Persekutuan yang begitu dekat dan akrab dengan Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan pucuk pimpinan Pas yang meletakkan Husam bertanding di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan hasil legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah ada agenda tersembunyi.

"Pas dalam menyusun strategi macam nak keluarkan Husam dari Kelantan. Husam ini boleh dikatakan orang yang kecewa kerana dia pernah gagal dalam merebut jawatan dalam Pas sendiri.

"Saya lihat dia seperti seorang pemimpin bermasalah. Pemimpin bermasalah macam ini tak perlu sokong,'' katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman calon Pas yang dibuat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini yang menyenaraikan Husam sebagai calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU-13.

Tambahnya lagi, walaupun Husam menang agak besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Kelantan pada 2008 tetapi ada kemungkinan Pas hendak meletakkan calon tempatan di kawasan tersebut menyebabkan Husam “dicampakkan" di Putrajaya.

Mengenai peluang Naib Presiden Pas itu, Ahmad Atory berkata, bukan sahaja Husam, jika Pas meletakkan Mursyidul Amnya, DatukNik Abdul Aziz Nik Mat sekali pun, sukar bagi Pas untuk memenanginya.

Katanya, berdasarkan kajian yang dibuat beliau sejak merdeka sehingga 2008, lebih 98 peratus kakitangan kerajaan tetap menyokong Parti Perikatan dan kemudiannya BN.

“Walaupun pada 2008 berlaku keadaan yang mana ada kakitangan kerajaan menyokong pembangkang sehingga BN tewas di lima negeri namun kesemua itu berlaku di luar Putrajaya.

“Di Putrajaya, penduduknya yang kebanyakannya kakitangan kerajaan (yang) lebih rapat dengan kerajaan pusat dan mood pada masa sekarang di Putrajaya ialah menyokong BN,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana