PRU-13: Pas terus guna agama pancing undi, dakwa undi Pas dapat pahala


LUMUT 10 April - Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.

Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.

"Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat."Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran," katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana menolak Islam.

Sementara itu, pada ceramah yang sama, Pas dilihat cuba memulihkan imej parti itu yang bertindak menggugurkan perjuangan mendirikan negara Islam kepada negara kebajikan.Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, hal tersebut tidak seharusnya menjadi isu kerana kononnya Islam bukan hanya melibatkan perjuangan hudud semata-mata tetapi mencakupi banyak perkara lain.

"Cuma kita alih nama sahaja, negara Islam kepada negara berkebajikan dan itulah pengisiannya."Saya hendak minta rakyat dinaungi pemimpin yang adil dan undang-undang yang telus kerana undang-undang sekarang tidak berdasarkan undang-undang yang adil," dakwanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana