PRU-13: Pas diramal kalah teruk di Selising


PASIR PUTEH 26 April - Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising meramalkan calon Pas di kawasan itu, Saipul Bahrin Mohamad akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Ibrahim Ismail yang juga Setiausaha Pas kawasan Danan Timur berkata, skandal lama yang menghantui Saipul Bahrin akan menyebabkan beliau ditolak oleh pengundi di kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, sikap ego Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz yang mengumumkan pencalonan Saipul Bahrin lebih awal, akan turut menjadi penyumbang kepada kekalahan beliau di sini.

Ibrahim turut mencadangkan supaya Saipul Bahrin, menyandang kerusi DUN berkenaan, melakukan sumpah laknat di masjid bagi membersihkan namanya daripada skandal berkenaan.

"Saya pun tidak akan bertanding sebagai calon Bebas sebagaimana hari ini sebaliknya akan menjadi jentera paling kuat mempertahankan kemenangannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ibrahim mendakwa, ahli dan penyokong Pas akar umbi di DUN Selising semakin tidak berpuas hati dengan pencalonan semula Saipul Bahrin yang terus-menerus mendapat sokongan Nik Abdul Aziz meskipun tidak disukai oleh ahli-ahli di kawasan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana