PRU-13: Kit Siang, Karpal Singh tanding atas tiket Pas


SHAH ALAM 18 April - Dalam tempoh 24 jam sebelum hari pencalonan, DAP menghadapi saat getir apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan lambang Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyatakan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh akan bertanding atas tiket Pas dalam PRU-13 kali ini.

"Kali ini tidak ada simbol Roket, UMNO tidak boleh lagi mengatakan Pas dan PKR dipergunakan oleh DAP. Kita percaya dalam krisis ada peluang, jadi slogan yang digunakan oleh UMNO tidak boleh dipakai lagi," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon-calon pakatan pembangkang Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Teresa Kok berkata, majlis malam ini tidak dihadiri oleh para pemimpin kanan DAP kerana mereka sedang bermesyuarat di ibu pejabat parti.

"Mesyuarat dijalankan dalam tempoh 24 jam berbincang tentang apa yang boleh buat. Kita tidak ada ucapan dibuat malam ini," katanya sambil menyatakan beliau berasa sedih dengan apa yang telah berlaku.

Teresa berkata, keputusan menggunakan lambang Pas dan PKR itu diambil kerana keputusan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 adalah daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi tidak mendapat kepastian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya hari ini berkata, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya iaitu Roket pada PRU-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana