PRU-13: Khalid Ibrahim 'lari waktu malam' - Najib


KUALA SELANGOR 28 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyamakan tindakan Menteri Besar Selangor itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini seperti 'lari waktu malam'.

Menurut beliau, Abdul Khalid melarikan diri dari DUN Ijok kerana gagal melakukan tanggungjawabnya dengan baik sebagai wakil rakyat di kawasan itu walaupun telah menjadi Menteri Besar selama lima tahun.

"Kita harus tanya, kalau dia hebat sebagai wakil rakyat, kenapa dia tak nak jadi johan bertanding semula di Ijok? Dia sebenarnya takut.

"Dia lari tengah malam untuk bertanding di Pelabuhan Klang. Dia sudah tipu orang Ijok, mahu tipu orang Pelabuhan Klang," katanya ketika berucap merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana