PRU-13: Kerajaan Pas Kelantan kejam sita Pondok Geting


KOTA BHARU 12 April - Tindakan kerajaan Pas Kelantan menyita Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah merupakan satu tindakan zalim parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam selama ini.

Pengerusi Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kerajaan Pas itu jelas membuktikan ia hanya disebabkan kepentingan politik semata-mata.

"Nampak sangat Kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan kepimpinan ulama yang memperjuangkan Islam, namun di atas ketidaksehaluan dengan idealogi dan pandangan politik mereka, terus diambil tindakan dengan cara yang sangat kejam.

"Kita tengok Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, perkara-perkara umpama ini tidak pernah berlaku, tetapi Pas lakukan kerana Abdullah Sa'amah ini bertentangan pendapat dan mengkritik kerajaan Pas Kelantan. Tindakan berbaur politik itu akhirnya pondok tersebut menjadi mangsa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana