PRU-13: Kaum Cina sokong BN Setiawangsa


KUALA LUMPUR 22 April - Semangat 1Malaysia menjadi penyuluh sokongan masyarakat Cina kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Menurut seorang penduduk, Bo Tan, 52, biarpun baru pertama kali mengenali Ahmad Fauzi, dia melihat calon BN Parlimen Setiawangsa itu seorang yang mesra dan peramah.

"Kita bersama-sama menyokong BN atas semangat 1Malaysia dan saya berharap keamanan kekal dan negara terus maju," katanya dalam majlis Makan Malam Mesra Persatuan Penduduk Setapak Jaya di sini malam tadi.

Selain Ahmad Fauzi, turut hadir dalam majlis yang disertai lebih 500 penduduk itu ialah Ketua MCA Bahagian Setiawangsa, Datuk Ho Yoon Ping.

Sementara itu, menurut seorang lagi penduduk, Jasmine Than, 45, program makan malam yang diadakan itu sememangnya peluang terbaik untuk mengenali Ahmad Zahari dengan lebih dekat.

"Kalau calon BN ini tidak pakai songkok, memang muka dia nampak macam orang Cina. Ini kali pertama saya jumpa dia tapi saya nampak dia baik orangnya," katanya.

Sementara itu, bagi Oh Wey Hang, 30, dia sememangnya menyokong pendekatan kempen BN yang mesra dengan penduduk.

Ahmad Fauzi bukan orang asing di dalam kepimpinan BN Parlimen Setiawangsa dan sememangnya dikenali sebagai kuat bekerja.

"Dia mempunyai imej yang bersih, saya harap dia menang dan kita bersama-sama tolong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana