PRU-13: Jalan sesak akibat sikap tidak bertanggungjawab penyokong DAP


MELAKA 27 April - Ceramah DAP di Taman Kota Laksamana malam tadi menyebabkan kesesakan di kedua-dua jalan dari Klebang menuju ke Taman Melaka Raya hingga menimbulkan runggutan daripada pengguna jalan raya.

Ia berpunca apabila penyokong parti berkenaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menutup satu daripada dua lorong jalan, dari persimpangan Kota Laksamana hingga ke atas Jambatan Syed Abdul Aziz menghala ke Taman Melaka Raya.

Keadaan sama berlaku dari arah Taman Melaka Raya ke Klebang gara-gara sikap tidak bertanggungjawab penyokong parti pembangkang itu menutup salah satu daripada dua lorong jalan berkenaan.

Lebih dikesalkan kerana sikap segelintir penyokong parti itu yang berkumpul beramai-ramai di tepi jalan sambil memekik dan menjerit ke arah pengguna jalan raya.

Apabila mereka terpandang kereta yang mempunyai logo, bendera atau poster Barisan Nasional (BN), penyokong terbabit menjerit lebih kuat, memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat.

Penyokong terbabit dilihat dengan sengaja menghalang laluan tersebut hingga menyebabkan kenderaan kadang-kala terhenti seketika.

Keadaan itu berlaku sejak pukul 8 malam hingga 11.45 malam selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berakhir berceramah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana