PRU-13: 51 peratus pengundi di Kota Melaka kini sokong BN


MELAKA 22 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, peluang untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kota Melaka termasuk tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya adalah cerah selepas mendapat maklumat sebanyak 51 peratus pengundi kini sudah beralih kepada BN.

Menurutnya, maklumat tersebut diperolehi lewat malam tadi, sekali gus membuktikan rakyat di Parlimen Kota Melaka yang dikuasai DAP, selepas memenangi kerusi berkenaan pada 2008, tidak lagi dapat menerima kehadiran pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)

Beliau menambah faktor calon DAP di Parlimen itu, Sim Tong Him yang mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 selain bertanding di DUN Kota Laksamana sebagai calon Bebas adalah antara faktor utama sokongan pengundi tidak lagi yakin terhadap parti itu.

"Ini adalah maklumat yang saya terima, dan jika benar ini adalah satu kejayaan paling manis buat BN untuk merampas kembali Parlimen Kota Melaka yang kita tewas pada 2008.

"Bukan sahaja kawasan Parlimen malah tiga DUN lagi yang dimenangi DAP pada PRU-12 iaitu Kota Laksamana, Kesidang dan Bandar Hilir dilihat semakin cerah untuk dirampas oleh BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera BN DUN Telok Mas yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Taman Seri Telok Mas di sini malam tadi.

Yang turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Melaka, Dr. Yee Kok Wah dan calon BN DUN Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik.

Sehubungan itu, Mohd. Ali meminta seluruh jentera BN di Parlimen tersebut menggandakan gerak kerja bagi menyakinkan pengundi hingga hari mengundi pada 5 Mei ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana