PRU-13: 153 NGO Gombak sokong Najib


GOMBAK 10 April - Sebanyak 153 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Parlimen Gombak di sini berjanji akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua NGO terbabit yang bernaung di bawah Gabungan NGO-NGO Gombak turut berjanji akan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, gabungan yang menghimpunkan lebih 35,000 ahli pelbagai NGO itu akan digerakkan untuk membantu jentera BN.

"Kami akan memberi penjelasan kepada masyarakat bagi menjawab tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan dalam ceramah dan media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat persiapan terakhir Gabungan NGO-NGO Gombak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Batu Caves di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Penasihat Eksekutif Gabungan NGO-NGO Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana