PRU-13: 150 ahli, penyokong PKR sertai UMNO


PADANG SERAI 13 April - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merbau Pulas di sini lumpuh apabila seramai 150 ahli dan penyokong parti itu bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO dalam satu majlis di Kampung Beka, Merbau Pulas malam tadi.

Mereka termasuk Timbalan Ketua Cabang PKR Merbau Pulas, Johari Teh yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Halim Hassan.

Johari berkata, mereka berbuat demikian kerana sudah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan PKR terutama apabila tidak memberi layanan yang sewajarnya semasa pemilihan parti baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana