Prinsip lemah, PAS terlepas kerusi: Dr Zainal


SHAH ALAM: Kelemahan PAS menegakkan prinsip perjuangan parti dikalangan pakatan pembangkang terserlah apabila terpaksa melepaskan tiga daripada enam kerusi yang ingin ditandingi kepada PKR, kata ahli Majlis Profesor Negara, Datuk Profesor Dr Zainal Kling.

Katanya, walaupun PAS pada mulanya mempersoalkan kredibiliti calon-calon yang dikemukakan PKR, namun parti Islam itu akhirnya tunduk kepada desakan dipercayai untuk meredakan persengketaan antara parti komponen menjelang pilihan raya umum, 5 Mei nanti.

Pertindihan kerusi antara PAS dan PKR berlaku di Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh, Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir, dan Panti di Johor.

Dr Zainal tidak menolak tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa PKR meletakkan calon 'tangkap muat' hanya bertujuan untuk mencipta alasan agar PAS boleh mempertahankan calonnya di semua kerusi berkenaan.

"Bermakna Hadi punya kenyataan tuduh PKR tak ada kredibiliti, tak boleh dipercayai. Hadi cakap kosong, tak ada makna. Sebab akhirnya berlaku juga pembahagian dan PAS tak boleh juga kuasai enam-enam kawasan.

"Dia tuduh kawan dia (PKR) nak mensahihkan tindakan dia untuk meletakkan 3 calon dia di kawasan PKR tu," kata beliau kepada Antarapos.

Hadi, melalui kenyataannya yang disiarkan dalam rakaman video Youtube menuduh calon PKR pernah terbabit dalam pengedaran dadah selain ada laporan mahu menjual kerusi.

Beliau selain itu mendakwa PKR bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cenderung kepada komunis, justeru mahu meletakkan calon PAS demi 'menyelamatkan' Pakatan Rakyat.

Namun Hadi dalam kenyataan ringkasnya tengahari tadi menyeru supaya jentera PAS untuk membantu calon PKR berkempen di kerusi Parlimen Labuan, kerusi DUN Sungai Acheh dan Panti.

PKR Terengganu turut mengumumkan kerusi DUN Kota Putera, Sebarang Takir dan Bukit Besi diserahkan kepada PAS.

Undi pecah di kerusi bertindih

Mengulas lanjut, Dr Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, kebarangkalian undi berpecah di tujuh kawasan berkenaan amat tinggi.

Mungkin jentera parti di kawasan-kawasan tersebut akan berkempen secara kurang efektif memandangkan telah wujud dua haluan di satu bahagian, kata beliau.

"Nama akan dipertandingkan, tapi dari segi calonnya (orangnya) tak perlu bertanding. Jadi dia senyap akan duduk diam, cuma akan kecewa mendalam, nama dah masuk tapi tak dapat jadi calon."

"Sebab dah ditarik, dah diberi kepada PAS, diberi kepada PKR. 3 orang PKR tak akan puas hati, 3 orang PAS tak puas hati sebab dah kena tolak. Tapi mungkin dapat sikit daripada pengundi di atas pagar."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana