PM lancar 3 projek bernilai RM8 bilion di Cyberjaya

CYBERJAYA 5 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan 3 projek pembangunan bernilai kira-kira RM8 bilion di sini hari ini.Projek berkenaan termasuk pembinaan Masjid Cyberjaya, masjis pertama dianugerahkan Indek Platinum Hijau yang bernilai RM62 juta ringgit.Fasa pertama masjid yang dijangka siap menjelang 2015 itu dibina oleh syarikat Koridor Padu Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 17.5 ekar dan mampu memuatkan 8,500 jemaah.
Turut dilancarkan projek pembangunan bernilai RM1.02 bilion melibatkan pembinaan 2,500 unit rumah dan komersial yang turut melibatkan pembinaan 794 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).
Sementara projek ke-3 melibatkan pembinaan Pusat Bandar Cyberjaya bernilai RM6 bilion di atas tanah seluas 141 ekar.
Tiga projek berkenaan akan dibina oleh syarikat Cyberview Sdn Bhd.Dalam ucapannya Najib berkata, dengan pembangunan 3 projek itu Cyberjaya bakal mendapat pelaburan tambahan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun. Bagaimanapun kata beliau, kejayaan perlaksanaan projek tersebut dipengaruhi oleh dua faktor iaitu penyelesaian isu air dengan kerajaan Selangor dan kesinambungan kepimpinan di Putrajaya.

"Untuk merealisaikan impian di Cyberjaya menjadi realiti, maka dua isu ini perlu di atas dan rakyat berpeluang mengubahnya dalam masa terdekat," kata Najib.Penduduk Cyberjaya kini berjumlaj 55,000 orang dan dijangka meningkat kepada 100,000 orang menjelang tahun 2017.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana