PM: Laluan CAR Terentang akan dialihkan


RAWANG: Penduduk Kg Sungai Terentang di sini kini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan laluan baru bagi projek pemasangan kabel voltan tinggi itu.

Malah, beliau yang juga Pengerusi BN berkata isu tersebut akan dimasukkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor.Sehubungan itu, beliau berharap penduduk kampung berkenaan tidak lagi bimbang terhadap perkara itu yang telah menjadi isu di kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lepas.

"Isu ini sudah lama, maka saya beri komitmen isu ini akan dimasukkan ke dalam Aku Janji BN Selangor...laluan ini akan kita alihkan kepada laluan lain, tidak melalui Kampung Sungai Terentang.
"Ini komitmen saya berikan sebagai Pengerusi BN. Saya berharap dengan jawapan ini, maka tertutuplah isu ini," katanya pada majlis perjumpaan dengan warga Kampung Sungai Terentang di sini.

Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sejauh 59 kilometer dengan baki jarak sejauh 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, yang sepatutnya dimulakan pada 2007 tetapi ditangguhkan setelah mendapat bantahan penduduk kampung itu.

Sebelum ini, penduduk kampung itu membantah projek CAR kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka.

Selain isu itu, Najib berkata masalah lain turut diberi perhatian dengan memberi komitmen untuk membina balai polis di Bandar Country Homes di sini selepas tapaknya dikenal pasti.

Beliau turut menyatakan komitmen BN untuk membina sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di Rawang.Sehubungan itu, Najib berharap rakyat Selangor akan memberi mandat kepada BN berikutan beliau juga memerlukan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN.

"Terlalu banyak masalah yang tidak boleh diselesaikan (oleh pembangkang), antaranya masalah air, sampah sarap, kekurangan pelaburan. Semua ini boleh diselesaikan di peringkat Parlimen dan negeri dengan menyokong BN," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana