PM berani lakukan transformasi politik - Zulkifli


SHAH ALAM 16 April - Calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berani kerana bersedia melakukan transformasi politik.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan juga bekas ahli PKR itu berkata, Perdana Menteri memperlihat kesediaan untuk melakukan perubahan besar seperti mana yang dituntut oleh rakyat.

Bagi Perdana Menteri, yang penting bukan sahaja kemenangan tetapi juga memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik bersesuaian dengan moto beliau, Rakyat Diutamakan,รข€ katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi BN Selangor mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Dikategorikan sebagai Rakan BN, Zulkifli akan bertanding di Shah Alam menggunakan lambang BN.

Sementara itu, ditanya mengenai pencalonan Zulkifli di atas tiket BN, Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Zulkifli terbukti seorang calon yang disukai ramai.

BN Selangor yakin dengan kemampuan Zulkifli untuk merampas semula kerusi Parlimen Shah Alam daripada tangan pembangkang, jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana