Perkara yang Anwar tak sanggup lihat di Permatang Pauh?


Calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mengetuai majlis doa selamat selepas solat hajat dan bacaan Yasin di Permatang Pauh, di sini malam ini.

Dr. Mazlan imamkan solat hajat, bacaan Yasin

Kepimpinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail terserlah apabila beliau mengimamkan solat hajat dan bacaan Yasin perdana di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong BN termasuk calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad; DUN Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dan DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya.

Mazlan merupakan taruhan BN untuk menumbangkan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, majlis solat hajat dan bacaan yasin itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya memberkati perjuangannya dan tiga lagi calon BN di tiga DUN di kawasan Parlimen itu.

"Ini adalah salah satu usaha spiritual kita bagi menghadapi cabaran pada pilihan raya kali ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana