Pembangkang dahulu lebih berwibawa - Musa


KUALA LUMPUR 2 April - Perjuangan pakatan pembangkang suatu ketika dahulu dilihat lebih berwibawa kerana bersama-sama kerajaan dalam menentukan hala tuju negara, berbanding nilai yang diperjuangkan generasi pakatan pembangkang yang ada sekarang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana perjuangan pimpinan pakatan pembangkang kini dilihat semakin terpengaruh dengan nilai kebebasan Barat.

"Pembangkang 15 tahun dahulu walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza dan berperanan 'membangkang' sesuatu perkara, namun tetap bersama-sama membangun dan menentukan hala tuju negara.

"Oleh kerana penjajahan minda oleh perjuangan negara Barat, saya melihat pembangkang kini seolah-olah sealiran dengan agenda negara Barat yang giat berusaha membentuk sebuah negara liberal," katanya.Beliau berkata demikian sebagai ahli panel ketika menjawab soalan seorang penonton yang bertanyakan tentang perbezaan pembangkang dahulu dengan sekarang dalam 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini malam tadi.

Tambah Musa, senario politik negara kini menyaksikan munculnya tuntutan yang tidak mengikut lunas serta norma masyarakat setempat dan bertentangan dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta sensitiviti sebagai sebuah negara Islam.

"Contohnya seperti memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu ia dibenarkan secara bebas di negara ini. Adakah ia baik untuk negara? Kita patut berada dalam landasan dan meletakkan sensitiviti sebagai negara Islam pada tempat yang betul," katanya.

Menurutnya, negara perlu mengikut acuan sendiri dan bukannya model serta agenda Barat yang turut digerakkan melalui pengaruh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mempromosi nilai seperti liberalisme, hak asasi manusia, keadilan dan kebebasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana