PAS patut ambil tindakan terhadap Khairul Fahmi


BESUT: Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain, Penasihat Agama Perdana Menteri, berkata PAS patut mengambil tindakan terhadap Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemudanya Khairul Fahmi Mat Som kerana menghina Rasullullah SAW.
   
Katanya tindakan Khairul Fahmi melalui kenyataan dalam laman Twitternya baru-baru ini jelas keterlaluan dan biadap sehingga mengguris hati umat Islam dengan mengaitkan Nabi, hanya kerana marah terhadap Umno.Khairul Fahmi mengambil contoh baginda Rasulullah SAW untuk mengecam Umno berhubung penayangan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang.
   
"Bagaimana boleh Nabi sebagai insan yang mulia dan sempurna ini dibandingkan oleh Khairul Fahmi dengan manusia biasa yang pastinya satu perkara yang tidak betul," katanya Abdullah kepada pemberita di sini hari ini selepas Majlis Mesra dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Besut.
   
Beliau berkata PAS sudah terlalu jauh menyeleweng dan terpesong seperti yang pernah dikatakan oleh bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Md Isa sebelum ini.
   
"Saya harap pemimpin PAS balik ke pangkal jalan dengan tidak terus menerus berjuang dan mengeluarkan kenyataan berlandaskan emosi dan nafsu hingga akhirnya menjadikan Islam itu terlalu ekstrim dan tidak dihormati oleh bangsa lain di dunia ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana