PAS Komited Teruskan Hudud - Mustafa...Layak Ker Cakap Pasal Hudud?


KUALA LUMPUR: PAS tetap komited kepada agenda mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP menentangnya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Tiada orang Islam boleh atau berani menolak hudud.

"Ia (mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud) kekal dalam polisi PAS dan kami akan meneruskan perjuangan parti mengenai perkara itu," katanya.

Beliau berkata, setiap parti dalam Pakatan dibenarkan untuk meneruskan agenda mereka jika ia tidak menjadi sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama mereka."DAP mempunyai hak untuk menolak hudud kerana kita telah mendapat kesepakatan untuk tidak bersetuju tetang hudud bagi pihak DAP," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mustafa berkata, beliau akan memberi ucapan mengenai dakwaan sebuah video seks yang dikaitkan dengannya pada satu ceramah di Rusila, Marang, 3 Mei ini.Beliau enggan memberikan sebarang komen atau membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.Bagaimanapun Mustafa berkata beliau akan mempertahankan dirinya dalam saman fitnah terhadapnya yang difailkan oleh Umno pada 23 April.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Mustafa berhubung dakwaannya yang mengaitkan Umno terlibat dengan penyebaran video lucah di laman sesawang.Sementara itu, Mustafa berkata PAS menarik diri daripada pertembungan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Damansara yang dipertahankan oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia, Mohd Nasir Hashim yang bertanding di bawah lambang PKR.

Kenapa tidak mahu bersumpah dan tidak mahu buat laporan polis?Kenapa dan mengapa....?Kalau kerana salah berani kerana benar...Fikir kan lah semua......

Comments

NutCrakcer said…
Nak tanya, ape hukum hudud untuk orang yang berzina.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana