Pakatan Semakin Hampir Tawan Putrajaya - Kit Siang...Nak Termuntah Saja


PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin Pakatan Rakyat 'semakin hampir untuk menawan Putrajaya' selepas mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Lim yang akan bertanding di Gelang Patah, Johor, berkata daripada beliau menerima sambutan yang menggalakkan daripada lawatannya di Sandakan, Kota Kinabalu, Kuching, Mas Gading dan Serian.

Beliau mendakwa 'wujudnya angin perubahan yang kuat' daripada rakyat.

Lim turut meminta pengundi 'meningkatkan langkah untuk mencipta sejarah perubahan' dengan memenangi 33 kerusi Parlimen di negeri simpanan tetap Barisan Nasional iaitu Johor, Sabah dan Sarawak.

"Pakatan hanya menang tiga atau satu kerusi di setiap negeri pada pililihan raya umum 2008, antaranya di Bandar Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bakri di Johor.

"Namun tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran yang ditetapkan lima tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Lim berkata beliau turut menjangkakan Pakatan Rakyat bukan hanya akan memenangi satu pertiga kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri, namun akan mencipta kejutan dengan memperoleh 33 kerusi Parlimen secara keseluruhan di negeri berkenaan.

Jangan Mimpilah Lim Kit Siang....Jangan plak nanti kalau kekalahan yang teruk jangan menunding jari Pulak pada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana