NRC 11 tanda sokongan kepada Najib


KUALA LUMPUR 22 April - Sekumpulan penduduk Taman Melawati menyertai Najib Razak Club atau NRC 11 untuk memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Angka sebelas merujuk kepada nombor plet kereta yang digunkan Perdana Menteri.

Pengasas kelab bagi Taman Melawati, Norashikin Salleh berkata, NRC 11 diilhamkan daripada kelab Presiden Amerika, 'Obama Club'.

"Macam Obama Club, NRC 11 ditubuhkan oleh generasi baru yang memerlukan sokongan dan motivasi daripada kepimpinan." katanya yang ditemui selepas walk about Najib di Taman Melawati di sini hari ini.

Katanya, sukarelawan dan penyokong NRC 11 akan turun di kawasan-kawasan yang dilawati Najib.

"Najib adalah pemimpin nombor satu di negara ini. Beliau faham mengenai generasi baru dan lama. Beliau memikirkan semua golongan sehingga mewujudkan gagasan 1Malaysia dan melakukan pelbagai transformasi."

"Kita memerlukan kesinambungan kepimpinan dan perdana menteri yang bijak serta mampu menyokong generasi muda dan pelapis," kata Norashikin.

NRC 11 yang aktif di seluruh negara mensasaran keahlian daripada golongan muda dan mampu menjadi tempat pertemuan bagi gerak kerja berkaitan pendidikan, sosial dan ekonomi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana