Nik Aziz keluar ‘fatwa’ baru....Ulama Apa Kebenda Macam Ni


Dakwa orang UMNO sembahyang tak dapat pahala

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam mengeluarkan ‘fatwa’ baru dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak akan mendapat pahala.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, disebabkan UMNO menerima dasar kebangsaan dan menolak agama Allah, menyebabkan sembahyang mereka tidak akan mendapat pahala.
“Demo (UMNO) tolak Islam, tolak agama Allah, bila demo sembahyang, tidak boleh pahala. Hendak dapat pahala macam mana sebab tolak Islam.

Sudah tersasar jauh

“Bukan senang adik kakak, mesti ikhlas kerana pahala bukan senang hendak dapat. Begitu juga orang PAS sembahyang, tapi kedekut, juga tidak akan dapat pahala,” katanya ketika berceramah pada Ceramah Perdana di Kampung Jambu, di sini, malam kelmarin.

Kenyataan Nik Aziz itu dibidas aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz menganggap Nik Aziz sudah tersasar jauh daripada matlamat perjuangan PAS.

Beliau turut menggelar Nik Aziz sebagai ulama As-Su’ (jahat) kerana sanggup membuat fitnah dan mengeluarkan fatwa sendiri bahawa sembahyang orang UMNO tidak akan mendapat pahala.
“Nik Aziz seorang ulama As-Su’ kerana mengeluarkan fitnah besar terhadap umat Islam khasnya UMNO sebab dasar perjuangan UMNO adalah untuk mengukuhkan, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tiada bukti kukuh

“UMNO tidak pernah menolak Islam serta hukum hudud, sebaliknya PAS yang sanggup menggugurkan hukum hudud terhadap negara Islam dalam Buku Jingga, jadi siapa di sini yang memperlekehkan Islam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa Minda Pondok, Mohd Zainal Abidin Awang turut menganggap kenyataan Nik Aziz itu mempunyai tujuan yang sama iaitu mewujudkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

“Sedangkan tiada bukti kukuh mengatakan UMNO menolak Islam sebaliknya PAS sendiri yang memperlekehkan undang-undang Islam dengan mengatakan hukum hudud itu hanyalah 0.0001 peratus daripada ajaran Islam.

“UMNO terima dasar kebangsaan kerana undang-undang Malaysia yang menuntut kemerdekaan ketika itu dibuat oleh Raja dan pembesar Melayu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana