Nik Aziz berani membelakangi kepimpinan PAS dan ini menunjukkan keegoan Nik Aziz sendiri


Mursyidul Am kuku besi, tak hirau akar umbi

SHAH ALAM: Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Shukri Shuaib berpendapat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertindak secara kuku besi apabila membelakangkan kepimpinan pusat parti itu dan melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.

Katanya, tindakan itu jelas membuktikan bahawa Nik Aziz bersifat tidak demokratik dan sekali gus mendedahkan terdapat percanggahan yang serius di dalam parti berkenaan.

"Nik Aziz bersifat tidak demokratik atau bersifat autoritarian. Dia ini bersifat autokratik sebab banyak hal dalam PAS sendiri dia campur tangan.

"Jadi dalam hal surat Yusof Al Qardhawi ini, Nik Aziz berani membelakangi kepimpinan PAS dan ini menunjukkan keegoan Nik Aziz sendiri," katanya.

Jumat lalu, Nik Aziz melancarkan surat  Al-Qaradawi yang menyebut Anwar paling layak menjadi perdana menteri, meskipun pemimpin PAS termasuk Hadi sendiri telah memutuskan calon perdana menteri pembangkang seharusnya dibincangkan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Isu siapa perdana menteri jika pembangkang menang pada PRU-13 ini timbul pada Muktamar Tahunan PAS ke-58  di Kelantan, November tahun lalu.

Wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain mengulangi pendiriannya bahawa sebahagian besar ahli parti itu mahukan Hadi sebagai perdana menteri jika pembangkang mengambil alih kerajaan pusat.

Menurut Shukri, Nik Aziz sebagai seorang ulama yang berpengalaman sepatutnya tidak membuat keputusan tanpa mengambil kira hasrat ahli dan penyokong akar umbi PAS.

"Beliau seorang pemimpin yang agak ego dan ini tidak baik untuk perkembangan PAS di masa hadapan.

"Kalau Mursyidul Am PAS boleh membelakangi keputusan parti (untuk memilih Hadi sebagai perdana menteri), maksudnya hak akar umbi dan kepimpinan PAS yang lain tidak penting," katanya lagi.

Comments

Unknown said…
dah tuo nik aziz ni.. dah tak do aura pemimpin.... eloklah pencen je..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana