NGO sepakat Anwar tak perlu heret Qardhawi


SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyokong saranan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar pemilihan pemimpin nombor satu negara diserahkan kepada rakyat dan bukannya melibatkan orang luar.

Reaksi ini adalah rentetan pendedahan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa PKR akan mengedarkan satu juta naskah kenyataan palsu ulama tersohor Islam Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Bagi Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi, Dr Yusri Mohamad, walaupun benar Dr Yusuf mengeluarkan surat berkenaan, namun pandangan ulama tersohor itu tidak boleh diambil kira.

"Dia melihat dari jauh dan dia bukannya tahu secara terperinci situasi dan fakta-fakta berkenaan dengan politik di Malaysia hatta Anwar Ibrahim sendiri pun Qardhawi bukannya kenal.

"Saya yakin Qardhawi bukanlah kenal semua sudut semua sisi Anwar Ibrahimni," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Hadi ketika ditanya mengenai isu berkenaan berkata rakyat Malaysia seharusnya berhak menentukan pemimpin mereka dan bukannya Qardhawi kerana beliau adalah orang asing.Menurut Dr Yusri, beliau yakin Qardhawi tidak menulis surat seumpama itu kerana beliau bukannya rapat dengan Anwar seperti yang didakwa."Rakyat dalam nak menentukan Perdana Menteri pun dia buat kajian juga. Bukan boleh sewenang-wenang (dalam memilih calon perdana menteri). Apatah lagi orang luar yang tak cukup maklumat," jelas beliau.

Politik Anwar yang ganjil

Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, sekalipun jika surat itu adalah benar, ia sesuatu yang ganjil dalam cara Anwar berjuang.

"Kalau benar apa yang didakwa, maknanya surat itu diedar dan berbunyi begitu, maka bagi saya itu satu perkara yang ganjil dalam politik Anwar Ibrahim ini.

"Kerana itu bercanggah dengan dasar perjuangan dia, dan slogan dia di mana dia memperjuangkan rakyat, hak rakyat, kuasa rakyat, dan sebagainya," katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdullah Zaik, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan beliau percaya ulama tersohor itu kemungkinan dipergunakan oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya sekiranya benar dakwaan tentang surat berkenaan."Sepatutnya itu tidak berlaku. Saya lihat perkara ini dari segi mempergunakan pengaruh ulama tertentu untuk kepentingan politik dalam negeri.

"Dan mungkin kita kena sedar di sini, kemungkinan Dr Yusuf Al Qardhawi tidak semestinya arif dalam hal ehwal politik dalam negara kita," katanya lagi.Justeru, katanya, beliau sependapat dengan Presiden PAS bahawa pengaruh luar tidak perlu diheret dalam kancah politik negara.

"Saya bersetuju dengan padangan Tuan Guru Haji Hadi, supaya pengaruh luar ini tidak digunakan dan pilihan itu diserahkan kepada rakyat Malaysia yang lebih tahu tentang latar belakang dan keperluan mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana