Mursyidul Am Pas tidak percaya qada, qadar?


KUALA LUMPUR 11 April - Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghukum solat serta amalan kebajikan orang UMNO termasuk membina masjid tidak mendapat pahala, memperlihatkan Mursyidul Am Pas itu seolah-olah menolak satu daripada enam Rukun Iman iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Ilmuwan fiqh, Datuk Aidit Ghazali berkata, dalam Islam apabila seseorang itu menolak untuk percaya kepada salah satu Rukun Iman, iaitu dengan tidak percaya kepada ketentuan qada dan qadar sehingga sanggup mengambil hak Allah SWT untuk menghukum dosa atau pahala umat lain, dibimbangi ia mendatangkan kekufuran.

Katanya, kenyataan liar Nik Abdul Aziz termasuk terbaru mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali, UMNO juga akan menentang Rasulullah bukan sahaja celupar tetapi bacul serta memperlihatkan betapa Mursyidul Am Pas itu membiarkan diri beliau diperalat golongan yang tergila-gilakan kuasa.
Justeru Aidit menyeru pemimpin serta penyokong Pas, adalah elok menasihati Nik Abdul Aziz agar berehat daripada arena politik jika benar mereka menyayangi Menteri Besar Kelantan itu kerana dibimbangi lebih banyak pintu kerosakan akidah bakal terjadi sehingga melebarkan lagi perpecahan di kalangan Melayu.

"Saya kasihan dengan Nik Abdul Aziz ini kerana dia sudah menjadi alat pada mereka yang kemaruk kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan celupar. Golongan ini tahu mereka perlu memperalatkan Nik Abdul Aziz kerana sedar kenyataan Mursyidul Am Pas ini berupaya memberi impak dari segi politik."Mengambil hak Allah ini melanggar salah satu rukun iman iaitu beriman kepada qada dan qadar. Jangan main-main itu. Tolak mana-mana satu jawabnya kufur, tiada akidah. Justeru, kalau kita melihat orang mengambil hak Allah, apakah ini tidak merisaukan kita bahawa dia akan berani mengambil hak yang lain juga?

"Nik Abdul Aziz sendiri kena sedar. Beliau sendiri belum tentu akan mati sebagai orang Islam sebab hak untuk menentukan apakah orang itu meninggal sebagai Muslim atau tidak, beriman atau kufur itu adalah hak mutlak Allah," katanya dalam sidang akhbar pertubuhan bukan kerajaan Jalur Tiga (JATI) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti itu mengamal dasar kebangsaan, malah beliau secara bongkak enggan menarik balik kenyataan tersebut sebaliknya menuduh pula jika Nabi Muhammad hidup kembali, UMNO akan menentang Rasulullah.

Dalam pada itu, Aidit yang juga Timbalan Presiden JATI serta Pengerusi Eksekutif dan Perunding Utama Akademi Aidit Sdn. Bhd berkata, semua pihak mesti memainkan peranan untuk menyedarkan Nik Abdul Aziz kerana jika dibiarkan dibimbangi lebih banyak kemudaratan berlaku kepada umat Islam di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana