Mansor kena sabotaj,Ceramah perdana tak sampai 200 orang hadir...


Ada cakap-cakap tersebar dikalangan pakatan pembangkang di Pulau Pinang bahwa bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor Othman kena 'sabotaj' di negeri itu.

Selain gambar poster yang heboh semalam, yang mana tiba-tiba Mansor pakai suit hitam dikalangan penceramah lain yang pakai baju putih.Ada yang baca itu isyarat untuk 'pancung' Mansor yang diketahui umum tidak sebulu dengan Lim Guan Eng.Semalam kisahnya pun sama, ceramah perdana pembangkang untuk memperkenalkan Mansor Othman sebagai calon PKR di Nibong Tebal hambar apabila tidak sampai 200 orang hadir.

Walaupun diadakan di tapak pasar malam Taman Nibong Tebal Jaya di sini dan dihadiri pemimpin pembangkang seperti Phee Boon Poh (DAP) dan Law Choo Kiang (PKR), orang ramai nyata kurang berminat untuk mendengar ceramah yang disampaikan.Malah ada yang tidak pasti sama ada Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I akan bertanding di situ."Memang banyak poster dan kain rentang gambar dia, tapi betulkah dia akan bertanding di sini? Jarang nampak dia di sini," kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah.

Katanya Mansor lebih banyak meluangkan masa di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti dan PKR juga lembab dalam menyelesaikan isu masyarakat setempat.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal menerusi Tan Tee Beng namun beliau bertindak keluar parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana