Mahkamah Tinggi : Penggantungan Adam Adli dari UPSI Sah


KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, menggantung pembelajaran salah seorang pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim, adalah sah.

Keputusan tersebut menyaksikan Hakim Datuk Zaleha Yusuf menolak permohonan Adam, mencabar keputusan UPSI menggantungnya ekoran melanggar peraturan universiti.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon (Adam) menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan."

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.

Tambahnya, afidavit jawapan yang dikemukakan Adam tidak menyatakan pertikaian dakwaan responden berkenaan alasan keputusan penggantungan.

Beliau walaubagaimanapun tidak meletakkan sebarang kos setelah mengambil kira permohonan Adam sebagai seorang pelajar universiti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana