Lagi Ingatan Daripada DAP...Jangan sebut pasal hudud..Puak PR Masih Buat Bodoh Lagi


SHAH ALAM: Undang-undang hudud PAS terus menjadi duri dalam daging dalam hubungan parti itu dengan DAP.Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS.Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.
 "Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.

Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.
DAP sebelum ini bercadang menggunakan watikah perlantikan dan logo PAS untuk bertanding pada PRU 13 selepas Pendaftar Pertubuhan enggan mengiktiraf pemilihan parti itu Disember lalu.Ini berikutan keputusan pimpinan untuk meminda keputusan pemilihan tiga minggu kemudian tanpa mengadakan mesyuarat agung luar biasa.

ROS memberikan DAP sebulan untuk menjelaskan kemelut itu.DAP kemudian akur dengan kenyataan SPR bahawa parti itu bebas menggunakan logo roket sendiri walaupun kemelut itu belum diselesaikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana