Lagi 300 ahli PKR Cabang Indera Mahkota meninggalkan parti Dan Menyertai BN


KUANTAN 7 April - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota berikrar meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi PKR.

Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan tersebut dibuat kerana parti terbabit sememangnya tidak menjanjikan masa depan yang cerah kepada ahli-ahlinya, apatah lagi masyarakat secara keseluruhan."Sejak menyertai PKR pada 1999, hanya janji yang ditabur tetapi satu pun tidak ditunaikan terutama kepada masyarakat India.

"Bagaimanapun, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengotakan apa yang dikata terutama dalam membela nasib rakyat tanpa mengira kaum," katanya semasa melafazkan ikrar di hadapan kira-kira 1,000 masyarakat India dalam sebuah majlis anjuran Kelab Pembangunan India Kuantan di sini hari ini.

Ramesh kemudiannya menyerahkan ikrar taat setia yang menyokong kepimpinan BN kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis berkenaan.Tambah Ramesh, pengalaman bersama PKR benar-benar membuka matanya lebih-lebih lagi ketika berlaku pergeseran dalam kalangan kepimpinan parti.

"Saya harap masyarakat India khususnya dapat membuka mata dan menilai sendiri transformasi dilakukan Perdana Menteri yang nyata memberi banyak manfaat kepada rakyat secara keseluruhan."Saya harap kita bersatu-padu dan memilih BN demi kesejahteraan pada masa depan," jelasnya.Dalam pada itu, Adnan ketika berucap berkata, beliau terharu dengan tindakan kumpulan berkenaan yang memberi sokongan penuh kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Saya amat sukacita kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Parti apa yang akan mereka sertai tidak penting sama ada MIC atau PPP asal menyokong BN dan Datuk Seri Najib," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana