Komando Malaysia kedua terbaik dunia selepas Spetsnaz daripada Russia....Syabass


Perang antara kerajaan Filipina dan pemberontak Sulu dan Bangsamoro di Selatan Filipina adalah antara perang paling panjang dalam sejarah dunia. Sampai hari ini, kerajaan dan tentera Filipina pening kepala mahu menghapuskan mereka ini.

Terus, mereka besar kepala dan menganggap bahawa tentera dan kerajaan Malaysia ini sama seperti kerajaan korup mereka. Dibawanya berduyun-duyun askar untuk menguji taktik perang gerila dengan kita.

Mereka lupa kerajaan Malaysia ini umpama sang kancil. Kecil tetapi geliga. Kecil tetapi genius. Sedangkan UK yang gergasi itu pernah tunduk dek permainan pemimpin hebat kita (Tun M). Mereka juga lupa kita satu-satunya negara yang pernah menang perang gerilla dengan komunis di dalam hutan. Mereka juga lupa komando kita kedua terbaik dunia selepas Spetsnaz daripada Russia. Mereka juga lupa bahawa kita pernah menganjing tentera Filipina ketika isu Spratly dulu.

Pada asalnya, mereka kelihatan terlalu kebal untuk dihapuskan. Konon mereka jaguh kerana membuatkan Filipina gigit jari. Habis nyawa prajuit kita hilang kerana taktik kotor mereka. Tetapi mereka lupa, mereka telah membangkitkan harimau yang sedang lena. Bila buntang mata, maka tunggu sahaja untuk diterkam.

Kita melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh pasukan pertahanan negara lain. Kita buat Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain. Untuk pengetahuan semua, bukan calang-calang negara mampu lakukan. Dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara jiran. Maka, berkuburklah banyak jasad si pengganas Kiram yang salah abang besar untuk cari gaduh.

Hari ini, mereka hidup segan mati tak mahu di dalam hutan sabah, menunggu masa untuk diratah peluru hidup prajuit kita. Ingat! Malaysia bukan mainan seperti askar di negara kalian. Kami didirkan oleh darah si pendekar yang bijak bermain helah, bijak bermain kata, bijak bertingkah akal. Hang Tuah, Hang Nadim, sebahagian daripada darah kami.
.

Comments

Unknown said…
Kepahlawanan tentera Malaysia jgn dicabar! Awas Kiram!

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana