Kit Siang 'singa tua' bankrap idea - Ibrahim


PASIR MAS 26 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai 'singa tua' yang bankrap idea apabila terus memainkan isu rasis dalam siri kempennya di Parlimen Gelang Patah, Johor.

Calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas apabila Kit Siang secara terus-menerus menyerangnya dengan membangkitkan isu satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13-) ini.

Beliau meminta rakyat jangan tertipu dengan permainan politik pemimpin veteran DAP itu.

"Saya kasihan kepada Kit Siang yang terpaksa menjadikan pertembungan saya dan Nik Abduh sebagai isu dengan mencanangkan bahawa ini dirancang lebih awal.

"Kit Siang bercakap seperti itu kerana beliau mahu menarik sokongan kaum Cina dan hendak menunjukkan kepada golongan itu bahawa saya rasis," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam semalam.

Sebelum ini, portal propembangkang melaporkan Kit Siang secara terus-menerus menyerang Ibrahim dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam siri kempennya.

Ini ekoran tindakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang menarik diri daripada dicalonkan di kerusi Parlimen Pasir Mas bagi mewakili Barisan Nasional (BN) untuk memberikan laluan kepada Ibrahim bersemuka satu lawan satu dengan Nik Abduh.

Ibrahim yang kini bercuti daripada jawatan Presiden Perkasa secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Kit Siang kerana mempromosikannya kepada rakyat di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana