Kit Siang bakal kecundang, rakyat mahu Ghani


JOHOR BHARU: Cubaan calon DAP kerusi Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang untuk menyemai kebencian rakyat terhadap penyandang Menteri Besar Johor mendakwa Datuk Abdul Ghani Othman sebagai rasis ternyata meleset.

Tinjauan Antarapos di sini mendapati rata-rata rakyat berbangsa Cina dan India menafikan dakwaan bahawa mereka dipinggirkan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Pengakuan ini jelas menyangkal tuduhan Kit Siang yang dilihat bertujuan untuk meraih undi golongan Cina di kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Bagi P. Rajan, 50, berkata BN berpeluang untuk mempertahankan kerusi Gelang Patah kerana pemimpinnya tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum.

"Saya punya pendapat, sepatutnya siapa yang lahir di Johor ini berasa bersyukur dengan Tuhan negeri lain masalah kecil-kecil itu biasalah," tegasnya.

Bagi pemandu teksi, Yau Kim Huat yang telah menetap di Johor selama 25 tahun, beliau melihat layanan juga tawaran kemajuan dan pembangunan kepada rakyat dianggap satu rahmat kepada bukan sahaja Melayu tetapi juga untuk orang Cina dan India.

Begitu Oh Heng Kui yang bersetuju dengan pendapat rakannya Kim Huat tentang kenikmatan menjadi rakyat Johor di bawah pimpinan Abdul Ghani yang memandang kaum minoriti juga perlu diberikan perhatian yang sama.

"Dia masuk Gelang Patah sekarang menjamin banyak masa depan cerah untuk rakyat, sebelum ini pun BN pegang memang bagus.

"Bagus, layanan dia kepada semua kaum sama rata," jelasnya.

Suhaitima Hassan, 35, seorang penyelia di sebuah pasar raya berpendapat perkataan 'rasis' yang dikaitkan dengan Abdul Ghani disifatkannya sebagai tuduhan melampau.

Beliau berkata Ghani perlu terus menduduki jawatannya kerana beliau merupakan pemimpin yang sangat bertanggungjawab.

"Tiada beza bangsa dan kaum semua sama layanan, tidak pernah rasis kepada mana-mana kaum.

"Patut BN teruskan di sini banyak perkembangan dan kemajuan," ujarnya.

Abdul Ghani sebelum itu mendakwa pakatan pembangkang cuba untuk membawa 'polarisasi kaum' ke Johor apabila meletakkan Kit Siang untuk bertanding di kawasan majoriti kaum Cina di Gelang Patah.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang itu tidak bersesuaian dengan 'cara orang Johor' yang memilih pemimpin bukan berdasarkan kaum.

Kit Siang yang melatah dengan kenyataan Ghani bertindak menyamakan cara pemikiran Menteri Besar Johor itu dengan "PERKASA” yang merupakan pertubuhan memperjuangkan hak asasi Bumiputera yang sering dirujuk oleh DAP sebagai rasis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana