Kejutan di Pasir Mas...


Asalnya semua sangka akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Pasir Mas,Kelantan.Namum di luar dugaan ia jadi straight fight antara Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dengan anak Datuk Nik Aziz Nik Mat,Nik Abduh.Ini bila orang yang dinamakan oleh BN sebagai calonnya,Che Johan Che Pa tidak serah borang pencalonan waktu tempoh tutup.

Beliau hadir di majlis penamaan calon.Bercakap kepada wartawan kemudian Che Johan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata beliau bersedia menerima hukuman tatatertib daripada parti kerana perbuatan itu.Beliau meminta maaf kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat Malaysia.Menurut Che Johan bertindak demikian atas hasrat untuk menyelamatkan kerusi Parlimen Pasir Mas jatuh ke tangan pembangkang.Katanya jika beliau turut sama bertanding kemungkinan itu pasti berlaku.

Pada pilihanraya umum 2008,Ibrahim Ali bertanding kerusi itu atas tiket PAS.Beliau dapat 28,673 undi menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmud 19,682 undi.Ibrahim Ali kebelakangan ini kata beliau yakin dapat mempertahankan kerusinya jika berentap satu lawan satu dengan calon PAS.Lojik akal kata undi akan pecah tiga jika calon BN bertanding dan ia pasti akan menguntungkan calon PAS.Apa lagi PAS menurunkan calon heavyweight,Nik Abduh.PAS pula tidak menyembunyikan hajatnya hendak kasi bungkus Ibrahim Ali pada PRU kali ini.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan,Datuk Seri Mustapha kata pihaknya akan siasat mengapa Che Johan gagal serah borang pencalonan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana