Keikhlasan PM tepis tomahan Pakatan: Dr Martadha


SHAH ALAM: Komitmen kerajaan untuk memastikan proses demokrasi kekal subur di negara ini telah diterjemahkan melalui jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berhasrat memastikan peralihan kuasa berlaku dengan tertib, sekiranya berlaku.Kenyataan jujur Najib itu sekaligus menepis fitnah yang sering dilemparkan terhadap kerajaan sekaligus menggambarkan bahawa kepimpinan negara menghormati keputusan yang bakal ditentukan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, tindakan berani Najib untuk tampil secara langsung di televisyen dengan meletakkan integriti sebagai cagaran masa depan yang aman meyakinkan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk memartabatkan amalan demokrasi.Berbanding pembangkang yang sering melaungkan slogan untuk turun berdemonstrasi jika keputusan tidak berpihak kepada mereka."Saya melihat apabila Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa beliau menjamin keselamatan jika berlaku peralihan kuasa merupakan satu kenyataan yang sangat jujur.
"Ini kerana sebelum ini kita lihat ada yang menyalahkan kerajaan, jika berlaku pertukaran kerajaan namun kenyataan Perdana Menteri menunjukkan bahawa kerajaan amat menghormati prinsip demokrasi," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Perdana Menteri ketika mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia semalam memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat nasional atau negeri, akan berlangsung secara aman dan tertib.Dalam masa sama beliau berkata semua pihak harus mengelakkan daripada cubaan untuk menyemai racun syak wasangka terhadap proses pilihan raya seterusnya mendedahkan negara kepada risiko yang akan mengakibatkan negara menjadi tidak stabil.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan pemimpin Pakatan yang enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya, Martadha berkata pembangkang tidak yakin dengan proses tersebut.Menurutnya lagi pembangkang sepatutnya menyahut komitmen tersebut bagi membuktikan mereka mengamalkan prinsip integriti dalam agenda perjuangan masing-masing."Saya kira mereka menandatangani tetapi apabila mereka tidak bersetuju, menunjukkan semacam bahawa mereka sendiri merasa kurang yakin dengan proses itu sendiri.

"Sedangkan proses itu merupakan satu perkara yang sangat baik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan termasuk perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam konteks kerajaan berdemokrasi," katanya.
Februari lalu Najib mencabar pembangkang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bagi membuktikan mereka benar-benar komited dalam agenda pilihan raya yang bersih, adil dan bebas rasuah.Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berbuat demikian dengan alasan apa yang lebih penting ialah niat di dalam hati dan bukannya menandatangani ikrar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana