Karpal Singh mengaum lagi...no way terima Hudud PAS


Susah juga...nak kata PAS hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Nak tuduh DAP begitu pun tak berapa kena.Ini bukan cerita baru tapi satu drama kitar semula.Nak buat macan mana DAP nak undi orang PAS dan PAS nak undi orang DAP.Masing-masing hendak ke Putrajaya

Nampaknya barang yang jadi 'bahan jualan' ialah Hudud dan Negara Islam.Satu nak...satu tolak.Itulah kisahnya berulang-ulang kali sampai naik pekak.PAS bertegas pasal itu kerana nak kaut undi Melayu...DAP tolak untuk kaut undi bukan Islam.Win..win situation.Tengok sajalah kitaran terbaru drama ini bila Singa DAP,Karpal Singh mengaum lagi Rabu kasi ingat sama PAS parti itu tetap tidak berganjak pendirian terhadap hajat PAS nak laksana Hudud dan tubuh Negara Islam

Dari ayatnya semasa bercakap dalam sidang akhbar di Pulau Pinang bunyinya beginilah: PAS tak payah nak perasan bila DAP nak pakai logo PAS membawa maksud DAP sudah setuju undang-undang Hudud dilaksana di Malaysia.Isu calon-calon DAP nak pakai logo PAS ini timbul ditengah kehangatan pendaftaran parti DAP yang mulanya dihebohkan hendak dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana siasatan kes kesahihan pemilihan DAP baru-baru ini.

Kalau batal maknanya calon-calon DAP tidak boleh pakai logo parti itu untuk PRU13.Dakwaan itu nyata tidak betul dan calon-calon DAP terus guna logo parti itu semasa penamaan calon.Karpal Singh kata mustahil negara ini nak amal dua sistem dalam satu undang-undang.Beliau menegaskan demikian ketika diminta ulas kenyataan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Haron Din di Arau Selasa bahawa PAS tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Calon PAS untuk kawasan Parlimen Arau itu kata PAS berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo PAS, bermakna DAP secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu.Beliau menegaskan hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan dasar itu tidak boleh diubah.Tegasnya, apabila tiba masanya, PKR atau DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud.

"Bila, di mana, apa dia terpulang kepada cara pelaksanaan, kita lihat dulu. Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada yang pegang kuasa ini tiga pihak iaitu PAS, DAP dan PKR.

"Mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa PAS kena beralah, ada masa kita menerima, ada masa kita memberi," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bercakap pada wartawan di Keningau,Sabah menyifatkan PAS sebagai naif untuk mempercayai bahawa DAP akan menerima dan bersetuju melaksanakan hukum Hudud, hanya kerana kesediaan parti itu menggunakan simbol bulan pada PRU13.

Beliau berkata, PAS yang memperjuangkan hukum Hudud, tidak seharusnya meletakkan harapan terhadap pakatan itu untuk melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.

"Hukum Hudud PAS bukan boleh diterima semua pihak. Kita tidak kata menentang tetapi masanya tidak sesuai dalam keadaan tertentu untuk dilaksanakan dan masih banyak persoalan yang masih perlu ditangani," katanya

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu bukan soal logo semata-mata sebaliknya adalah soal pendirian dan ideologi PAS, yang dilihat tidak pernah diterima dan diakui DAP.

Sehubungan dengan itu, katanya, DAP perlu memberi respons dan menjelaskan pendirian mereka dalam soal pelaksanaan hukum Hudud agar tidak mengelirukan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana