Jen. (B) Hashim layak digelar pengkhianat: Zaini..Memang Kebodohan ke tahap Melampau


SHAH ALAM: Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang baru diumumkan sebagai calon PKR kerusi parlimen Johor Baharu layak digelar 'pengkhianat' apabila berterusan mengutuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam siri ceramah pembangkang.Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata Hashim sebagai bekas pegawai tentera tidak sewajarnya mengkritik organisasi yang pernah dipimpinnya lebih-lebih lagi apabila ramai anggota keselamatan telah terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.Hashim dalam ceramah pembangkang di Gerik malam tadi mendakwa aset persenjataan dibeli dengan harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya dan bukan secara tender terbuka.
Beliau turut menuduh bahawa ATM tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera selain pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.Kesemua tuduhan berkenaan dilemparkan selepas beliau menyertai PKR pada 6 Mac lalu kononnya bersedia untuk menabur bakti dan idea berhubung sistem pertahanan keselamatan negara bersama PKR dan Pakatan Rakyat."Dia mengkhianati organisasi yang pernah dipimpin dahulu dengan mengatakan mereka tidak elok, kelengkapan tidak betul dan gagal menjalankan tugas dalam masa kita sedang hadapi ancaman. Ini satu perkara yang tidak boleh kita lakukan."Kita mengkhianati perjuangan dan pengorbanan anggota kita sendiri yang sedang menghadapi musuh. Ini yang buat saya rasa amat kecewa," kata Zaini dalam satu wawancara eksklusif bersama Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan terbuka Hashim terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.Terbaru, Hashim membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan negara apabila mendakwa terdapat campur tangan politik dalam operasi tersebut.Sebelum ini Hashim juga membandingkan operasi keselamatan bersabit insiden bersenjata di Sauk pada 2000 dengan peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu mendakwa ia sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat.Dalam pada itu, menceritakan perwatakan sebenar Hashim sewaktu masih menjadi anggota tentera, Zaini berkata Hashim rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu.

Menurutnya Hashim adalah anggota tentera yang taat kepada kerajaan dan beliau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyertai politik pembangkang."Dahulu saya tidak nampak sangat. Hanya yang saya tahu dia kawan rapat dan sahabat kepada Ketua Pembangkang."Tetapi selama dalam perkhidmatan dia tidak mengatakan itu dengan nyaring dan jelas. Dan tidak menunjukkan dia lebih kepada simpatinya kepada pembangkang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana