Jempol: Janji manis siapa pulak ini...


Alamak, sebelum sempat nak rai dah timbul isu... ini kisah dari Jempol, kawasan yang mana ikut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan ditandingi oleh artis wanita yang join parti itu Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mat Sabu di Markas PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur macam comfirm, tapi kini muncul cerita lain, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa telah diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen tersebut.

Atau dalam kata lain, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ini kerana nama Mohd. Fairuz diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat Ahad lalu.

Mat Sabu juga hadir dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun, malam tadi pula, nama Aisyah penyanyi lagu Janji Manismu pula diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen yang sama.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh PAS sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana