Isu Mustafa Ali bukan perkara besar?


MARANG 19 April - Isu video seks seorang lelaki mirip Mustafa Ali bukan isu besar bagi Pas?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beranggapan demikian, ketika mengulas keengganan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang miripnya, menegaskan perkara itu bukanlah satu perkara besar bagi parti pembangkang itu.

Abdul Hadi yang cuba mengalihkan isu itu, ketika diasak oleh wartawan,sebaliknya menuduh penyebaran video seks tersebut merupakan satu permainan kotor sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan maruah Mustafa

Abdul Hadi kelihatan keberatan mengulas lanjut,cuma memberitahu bahawa Mustafa telah memaklumkan bahawa perkara terbabit telah diserahkan kepada peguam untuk diselesaikan.

"Saya dimaklumkan beliau (Mustafa) telah serah semua kepada peguam, jadi, terpulanglah kepada nasihat peguam (sama ada mahu lapor polis atau tidak)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengumumkan calon Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Masjid Rusila dekat sini malam tadi. Bagaimanapun Mustafa tidak hadir pada majlis itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas soalan pemberita berhubung pendirian parti itu sama ada mahu mendesak Mustafa membuat laporan polis atau sebaliknya berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana