Hidup dan mati saya di Pekan - Najib


KUALA LUMPUR 4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tidak akan sesekali meninggalkan Parlimen Pekan dan seterusnya, mengakhiri karier politik beliau di kawasan tradisinya itu bagi menghargai sokongan masyarakat tempatan di sana.

Oleh itu, beliau membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup meninggal serta mengabaikan kawasan tradisinya serta penyokong setia di Permatang Pauh untuk bertanding di kawasan baharu di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Perdana Menteri, tindakan Anwar yang menukar kawasan juga membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan tidak lagi yakin untuk mempertahankan kerusi tersebut pada kali ini.
"Beliau (Anwar) tidak berasa begitu selamat di Permatang Pauh dan mengabaikan rakyat tempatan yang telah menyokongnya sejak sekian lama semasa dia mula-mula menceburi politik.
"Saya tidak akan sesekali membayangkan akan meninggalkan Pekan. Dari segi politiknya, hidup dan mati saya adalah di Pekan," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).
Beliau mengulas tindakan Anwar yang mengakui akan meninggalkan kerusi Permatang Pauh, untuk bertanding di Perak dengan alasan bagi menguatkan sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang di negeri tersebut.
Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya mengingatkan rakyat bahawa Anwar terbukti sanggup mengabaikan rakyat di sesuatu kawasan, hanya semata-mata untuk mencapai kejayaan.
"Kesetiaan kita kepada rakyat yang sentiasa berada di samping kita amat penting dalam politik. Ini adalah soal prinsip, bukan sekadar meraih kemenangan," katanya.
Sementara itu Najib berkata, BN mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi tindakan pembangkang mengemukakan Anwar menukar kawasan dan bertanding di Perak serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah.
Katanya, strategi BN seperti pemilihan calon bagi menandingi pemimpin pembangkang itu akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana