Hantam sama dia...PKR VS PAS di tujuh kawasan


Bukan satu..bukan dua tapi di tujuh kerusi PAS dan PKR benamkan semangat pakatan untuk berentap sesama sendiri.Ia sekaligus mengambarkan betapa rapuhya ikatan mereka bila fikir bab periuk nasi politik masing-masing.

Paling teruk ialah di Terengganu dimana mereka berentap di tiga kerusi yakni DUN Bukit Besi,Kota Putera dan Seberang Takir.Di Bukit Besi calon PAS Roslan Ismail dan calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin of PKR.Calon BN situ ialah Roslee Daud.Di Kota Putera calon BN Mohd Mahdi Musa berdepan dengan calon PAS Adam Mat Said of PAS dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dari PKR

Sementara di Seberang Takir calon BN Ahmad Razif Abdul Rahman lawan Zakaria Dagang PAS dan Ahmad Nazri Mohd Yusoh PKR.Di kerusi Parlimen Labuan,tokoh koprat Ibrahim Menudin  dari PKR dan calon PAS masuk bertanding untuk lawan calon BN Rosman Isli.Manakala di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh,Pulau Pinang nampaknya Badrul Hisham Shahrin tetap tidak mahu bagi laluan kepada calon PAS Yusni Mat Piah.

Di situ calon BN ialah Mahmud Zakaria.Manakala di kerusi DUN,Panti,Johor calon BN berdepan dengan Azlisham Azahar dari PAS dan Mohd Annuar Mohd Salleh PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana