GPNS: Khalid angkuh,Gila kuasa..Kuat Kena Bedal Ni



SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Selangor (GPNS), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai orang yang gila kuasa dan angkuh ekoran mencanangkan dirinya lebih arif menguruskan ekonomi berbanding perdana menteri.

"Pada pandangan saya pun seperti dulu, dia seorang yang gila kuasa dan yang keduanya dia adalah seorang yang angkuh. Jika Khalid hendak mendakwa diri sebagai seorang yang mempunyai kebolehan yang dahsyat, bagaimana kita boleh terima? Di Selangor ada macam-macam masalah yang tidak diselesaikan.

"Khalid duduk dalam bandar yang kecil tapi dia kata dia lebih dahsyat daripada perdana menteri yang jaga satu negara. Jadi bagi kita, ini kenyataan yang tidak masuk akal,” kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Jacob sebelum ini beberapa kali menegur pengurusan lemah Khalid khususnya bersabit isu pungutan sampah yang menurut beliau, terbelit dengan pelbagai isu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Jacob juga pernah membidas Khalid kerana berkata, beliau sanggup menunggu walau 100 tahun untuk menyelesaikan isu air meskipun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

Justeru beliau menyifatkan Khalid sebagai tidak profesional kerana mahu meneruskan ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.“Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” kata Jacob.

Penganalisis politik, Dr Atory Ahmad Atory Hussain ketika mengulas isu yang sama berkata Khalid harus 'cuci muka' sebelum membandingkan dirinya dengan Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam politik, kepandaian itu adalah subjektif, semua orang ada kelulusan dalam kancah politik.

"Tetapi pengalaman dalam korporat sahaja tidak cukup untuk mentadbir negara. Negara lebih kepada kehendak rakyat sedangkan dalam korporat atau perniagaan, dia lebih kepada keuntungan," katanya.

Atory berkata Khalid harus mengikut teladan Najib yang tidak pernah mendabik dada, memuji diri walaupun berpengalaman menggalas pelbagai jawatan penting dalam kabinet negara.

"Pengalaman Datuk Seri Najib Razak dalam berpolitik ini sudah berpuluh tahun, sedangkan Khalid mentadbir korporat, dia hanya terlibat dengan PNB dan menjadi pensyarah sekejap.

"Tidak sama dengan Najib yang menjadi pemimpin, menteri besar, menteri belia dan macam-macam menteri lagi. Jadi Khalid ini ibarat rambutan yang mahu membandingkan diri dengan buah epal,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana