Gempar !!! Pas Pengkalan Chepa Bakal Tersungkur Ditangan Gelombang Merah #TukarKelantan.


pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 23 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Gelombang perubahan semakin kuat di Kelantan lebih-lebih lagi apabila sejak akhir-akhir ini rakyat Kelantan semakin muak dan benci dengan karenah kerajaan Pas Kelantan. Semalam bertempat di depan SK Sering Pengkalan Chepa di adakan Dikir Barat Gelombang Merah bersama dengan skuad Tukar Kelantan.

Hadir sama ialah Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa yang juga Calon BN Parlimen Pengkalan Chepa dan Calon BN Dun Panchor En Rosli Hassan. Kehadiran melebihi 5000 orang dan pastinya memberi tamparan hebat kepada Pas yang semakin goyah sejak akhir-akhir ini. Sambutan yang luar biasa itu amat menggerunkan Nik Aziz serta para pemimpin Pas Kelantan.

Mungkin rakyat Kelantan sudah mula sedar di atas segala penipuan regim PAS sepanjang memerintah Kelantan selama 23 tahun.Kalau berterusan sambutan rakyat terhadap program anjuran Umno/BN impian dan hajat hampir keseluruhan rakyat Kelantan untuk merebahkan pemerintahan Pas jika dengan izin Allah S.W.T pasti akan berjaya!!

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana